Wednesday, June 13, 2012

HATI KOSONG DAN REMUK :(

nirwana pencinta muhabbatullah
Assalamu'alaikum sahabat fillah blog ana... terima kasih kerana sudi mnjadi tetamu di blog yg xseberapa nie..

Ana seorang insan yg lemah :*( Lemah menghadapi ujianNya..Allahu Rabbi!! mmang berat ujian yg Allah beri pada ana kini :( sahabat yg ana percaya dan anggap sperti saudara sendiri sanggup tikam dari belakang.. Astaqfirullah azim!!! apa yg mampu ana buat skrang hnyelah berdoa pada Allah dan mencari seorang teman untuk meluahkan segala kekecewaan ini :( Air mata laju membasahi pipi dan menemani sehingga ke pagi... seharian tidak tidur keranamu sahabat :( ana sayang die sperti saudara kandung sendiri tp ini balasan yg ana dapat...Ya Allah, ampun segala dosaku dan sahabatku .. terlalu sukar diri ini untk memaafkan mu! IsyAllah suatu ari, hati ini sedia memaafkan mu walaupun tiada pinta maaf dari mulutmu.. kerana Allah kite bertemu, kerana Allah ana menyayangimu, kerana Allah ku halalkan segalanya, kerana Allah ana jauhkan diri darimu.. bukan niat ana nak memutuskan persahabatan tapi hati ini terlalu sakit untk terima knyataan.. cukuplah kenali dirimu krn hatimu tidak sama dgn luaranmu.. ana tertipu dgn lakonan palsu mu sbg sahabat yg ske mengambil berat.. Terima Kasih atas segala-galanye.. mungkin ade hikmah yg Allah ingin kurniakan kpd hamba yg daif ini.. LA ILAH ILALLAH..

Monday, June 11, 2012

Hijab dan Wanita Dakwah


nirwana pencinta muhabbatullah


Assalamu'alaikum sahabat fillah semua..
Hari ini ana nak berkongsi tentang hijab dan wanita dakwah.. Fahami maksud disebalik hijab seorang wanita.. semoge sahabat ana mendapat manfaat dari artikel ini..^^







Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.


Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.


pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.


Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”


Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.


Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.


Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan. Janganlah kita cuba menegakkan benang yang basah. Firman Allah S.W.T.:”Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya” (Surah Al-Baqarah:42). Sesungguhnya perkara yang haram atau yang batil itu tetap batil. Bukan suatu kebenaran. Semoga kita mengambil pengajaran daripada cerita di atas.^^


~ Jangan mencari kesempurnaan dimata manusia sedangkan dimata Allah SWT "0" .. 
Marilah sama2 kita ikhlaskan hati dan jauhi sifat riak,takbur mu..sesungguhnya merendah diri itu amalan terpuji lagi disukai.. ^^

Sunday, June 10, 2012

Allah Maha Mendengar ^^

nirwana pencinta muhabbatullah
Assalamu'alaikum, sahabat fillah sekaliaan ^^ senyum dok molek-molek ckit ye..
Hari nie takde bende larh nak dikongsikan tp ana ade satu lagu special nak tuju kat antum ^^..
Bkn ana nyanyilah! Akhi ana yg nyanyi >> Abdul Halim Ahmad ..^^

klick sini yew ^^
http://www.youtube.com/watch?v=7KQOfrDAeD4&feature=player_embedded

Liriknye nie boleh lah antum hayati bersama ^^
smoge b'manfaat dan selamat mendengar ye ^^


Maha Mendengar

Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

Saturday, June 9, 2012

CERITA TELADAN

nirwana pencinta muhabbatullah

Assalamu'alaikum Sahabat fillah sekalian..^^
Ana nak berkongsi cerita teladan sikit ari nie..harap kalian dpt manfaat dgn m'baca kisah ini .. okey ! sediakan popcorn & air pon boleh..^^


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 18)

CINTA PERTAMA

nirwana pencinta muhabbatullah
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim .. Assalamu'alaikum ..Ape khabar sahabat fillah skalian.. ^^
Ana mahu berkongsi cerita tentang cinta pertama ana.. :)

Cinta pertama? siape cinta pertama Ana?
Ini jwpnnye: Cinta pertama ana adlah MAHA PENCIPTA ALAM iaitu Allah SWT..^^ dan cinta terakhir ana juga adlh DIA .. Allahu Rabb.. ^^
Cinta itu adlh anugerah dan pemberian drpd Allah.. ramai yg lupa terleka dgn hadiah itu drpd pemberinya! hakikatnya, Pemberi itu lebih b'hrga drpd hadiah t'sebut ^^
Cinta itu fitrah, memang ganjil lah klu manusia tiade prasaan itu! YE! ana juga pernah m'cintai makhluk ciptaanNya.. Ana cinta keluarga ,sahabat, saudara dan haiwan ciptaanNya..^^
Bagi Ana cinta pd manusia jgnlh melebihi cinta dariNya.. buat masa nie ana lebih fokus kpd Ilmu Allah dan akhirat dahulu ^^ Mmg tidak dinafikan Ana mencintai seseorg tp hanya dlm diam ^^ biarlah Allah shj yg menentukan Takdir dan Jodoh diri ini..kerana DIA shj yg mengetahui dan memberi Ana pilihan yg terbaik.. ANA SAYANG ALLAH DAN PERASAAN CINTA ANA HANYA KERANA ALLAH ^^  Allah Allah Allah selamanya dihatiku dan pendakap hati ini.. ^^ Subhanallah!