Friday, April 29, 2011

KEAJAIBAN CINTA

hidupku keseorangan dengan kesunyian
hati kecilku kekosongan
jiwaku memendam jutaan perasaan
diriku umpama layang-layang
yang terputus talinya

kuingin menjadi seperti juliet
yang selalu ditemani romeo
kuingin menjadi seperti langit
yang sentiasa biru menghiasi bumi

aku seperti dedahan pohon
yang hidup dalam musim kemarau
tanpa ada cinta yang luhur
tanpa ada sinaran kesucian

aku memerlukan teman
teman yang setia disampingku
untuk ku luahkan perasaan
untuk ku curahkan kasih

bulan akan menangis
tanpa bintang disisinya
inilah lumrah kehidupan
diciptakan untuk berpasang-pasangan

SHIER SHYI SHAN SYIER (AKU BENCI KAMU)

kau buat diriku terapung
di atas cakerawala
terawang-awang tanpa tujuan
membiarkan aku ditiup angin
berhujan dan berpanas

tatkala beliung melanda
paksi bumi lari dari laluannya
baru kau sedar bertapa siksanya
jalan yang aku tempuhi
kini kau mula menghampiri diriku
bagai tiada salah yang dilakukan

namun aku bukan seperti yang kau sangkakan
aku punya pendirian yang kental
bukan seperti engkau
habis madu sepah dibuang
aku jauhkan diri dari semua ini
biarkan kau sendirian
terpenjara di awan gelap
menagih kasih rindu setangkai mawar...

HIDUP INI..

hidup ini umpama roda yang berputar
kadangkala kita di atas
dan kadangkala kita dibawah
namun tuhan telah mengatur
segalanya dengan sempurna
tetapi kita hanya bisa mengubah
jalan yang harus dipilih

hidup ini ibarat musafir
yang hanya singgah mencari bekalan
untuk kebahagian di dunia dan akhirat
kita harus sedar bahawa hidup
di dunia hanya sementara
kerana bumi ini hanyalah fana
dan melekakan segala makhluk
di dalam isipadunya..

hidup ini seperti kertas
kadangkala sahabat yang kita percaya
menjadi gunting dalam lipatan
justeru kita haruslah
berhati-hati dalam memilih kawan

NATURE IN MY VILLAGE

hujan turun membasahi bumi
kabus putih menutupi bukit menghijau
terciptanya tujuh warna pelangi
bunyi burung-burung berkicauan
unggas-unggas bernyanyi riang

menjadikan suasana selepas
hujan begitu indah
orang ramai berpusu-pusu
ke sana ke mari
untuk menyambung pekerjaan
yang terhenti seketika

bunyian mempersona
dan suasana tenang
memberikan ilham kepada artisan seni
untuk menulis karya mereka

para pertani tersenyum girang
melihat bendang segar keemasan
semut-semut bergembleng
mencari makanan

anak-anak kecil ketawa girang
bermain air lecak
mengamitkan suasana
kegembiraan dan kedamaian di kampung halaman

Saturday, April 23, 2011

Time aq tension..:(

Huh..!!so boring coz ari nie aq x pat kenok..hmm..psal gle kenok aq sahut cbaran somebody g kenok kat umh owg kenduri..Aq sanggup mnebal kan mke nyanyi dpan owg rmai coz aq xnak somebody 2 kate aq lembut n pemalu sgt...huhuhu..bru die thu aq nie spe..??don't juz book in de cver..!!tp dlm nyanyi 2 aq myesal jgak menyanyi dpen owg rmai coz suare aq 2 aurat kan..lepas je knduri aq bg tau mak n abah aq yg aq g kenok kt umh knduri..huh..xpsal2 aq kne mrah kt diorg..aq rehdo je larh kne bleter..hahaha..taubat aq xnak nyanyi dah kat umh owg knduri ckup larh nyanyi syok sndri jew kat umh aq..:(