Tuesday, October 10, 2017

ADA CINTA BARU YANG HADIR

nirwana pencinta muhabbatullah

Assalamualaikum you oulzz :)

Almost years x update blogger ni. huhuhu.. Tahun 2017 dahhhh.. mY diaries sorryy lama xbermanja kat sini. dari hari ke hari bulan ke bulan tahun ke tahun.. manusia bole berubah.. hati xbeku seperti dulu..
Hmm seseorg mula pelahan curi curi masuk ke dlm hati tanpa di sedari.. dr sebagai kwan susah dan senang tibe2 hadir satu perasaan yg tidak pernah ku duga. Hari2 aq doa hadirkan lah cinta YG TERBAIK. Tidak lame Allah hadirkan die tanpa terduge. Terima kasih kerana bukakn hati ni.
Cinta yang lama hanya kenangan yg bertepuk sebelah tangan. Dalam setahun aq merasai liku2 cubaan dalam percintaan. Ada saja cubaan yg menduga. Ada saja org yg dengki dlm perhubungan.
Harap si dia sentiasa sabar dlm menjaga hubungan ni. Tolong jgn bagi hati ni tawar kerana cerita lame. jgn pernah mainkan perasaan.
InsyaAllah aku cuba terime ape jua kekurangan die. dan die pon mampu terime semue kekurangan diri ni. Maaf kerana tidak pndai untuk menjalinkan hubungan mesra seperti org lain. Aku mmg tak pandai berkata2 manis. Maaf kerana terlalu berterus terang. Mulut celupar. Jangan sesekali cuba ubah kepercayaan aku.
Masih bnyk utk diluahkan. Maaf kerana aku selalu tidak cuba mnjadi seperti perempuan yg selalu mnjadi idaman setiap lelaki.
CONTINUE

Thursday, September 26, 2013

kISAH sURAT cINTA

nirwana pencinta muhabbatullah - TasbihPutih-

Assalamu'alaikum sahabat yang yang dikasihi Allah :)
Alhamdulillah kita masih boleh berkongsi cerita lagi.. setelah sekian lama saya menyepi di ruang blogger ini.. rasanye sudah lebih satu tahun blogger ini tidak saya 'LOG IN' kan.. Maaf andai membuat sahabat semua ternanti-nanti, ramai PM saya di facebook, bila mahu menulis semula dan update ilmu di blogger. Terharu saya dibuatnya kerana Alhamdulillah masih ada yang menanti coretan di blog yang tak seberapa ini.. Hari ini InsyaAllah saya tuliskan beberapa pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang lebih satu tahun itu.. Semoga sahabat semua peroleh pengajaran ye ^^

      Bismillah.. bermulanya semester ke-4 di Kolej saya, dan result Final Exam sem 3 pun keluar.. Saya dan rakan-rakan seperjuangan berkumpul semula di rumsis masing2.. Alhamdulillah rumah kami tiada pembubaran, semuanya tetap :) Alhamdulillah result pun okey :) Seminggu kemudian bermulalah rutin harian kami sebagai seorang Mahasiswi.
     Saya belajar dengan penuh serius untuk tidak mengecewakan mak dan abah. Tekad dalam hati untuk membanggakan mereka, maklumlah sya anak bongsu.. tp pada suatu hari tak ingat pula tarikh nye, sewaktu berjalan untuk pergi print assignment, saya berselisih dengan seorang pemuda. Secara tidak sengaja mata terus leka menatapnya. Astaqfirullahalazim.. saya beristifar panjang setelah bahu disentuh oleh sahabat saya, saya terus melangkah tanpa menoleh dan membuang jauh perasaan yang lain dihati ketika itu.. Ceh!! macam cerita novel sudah heheh, ini realiti bukan fantasi ye :) Alhamdulillah, pertemuan itu terlupa sekejap tetapi keesokkan harinya saya ternampak pemuda yang sama. Pemuda itu memakai kopiah putih dan berbaju muslim biru,, subhanallah sungguh indah ciptaanya.. Pemuda itu tidaklah hensem tetapi manis di pandangan saya. :) Pemuda itu duduk dengan sahabat2nya sedang menjamu selera. Kebetulan, antara sahabatnya adalah sahabat lama saya juga.. oohh.. sahabat dengan dia ke? hati sudah berbunga2 mengatakan mesti dia seorang yang baik kerana sahabat saya itu baik orangnya.. :) Berita lebih baik lagi, pemuda itu jga sahabat lama sahabat roomate saya.. haha senanglah nak tahu sape pemuda tu..
     Setelah kenal siapa dia, saya sering sahaja berselisih dan ternampak dia setelah habis waktu kuliah. Ya Allah, engkau sedang menguji perasaan hambamu ini. Ya, sayalah hamba yang susah untuk mencintai seseorang, sahabat saya mengatakan saya hati batu. Abah dan mak saya pun ada kenalkan seorang anak rakan nye, Alhamdulillah anaknya hensem dan seorang Ustaz tapi hati ini tidak selembut yang diharapkan. 'HATI KERAS MACAM BATU BATA', kata abah :( Mungkin ada yang tidak percaya tetapi inilah kenyataan itulah diri saya dan ada yang percaya kerana mereka sama dengan saya.. Pada mulanya sahabat2 saya cakap saya ini jual MAHAL, nope! hati saya sebenarnya yg 'MAHAL'. huhu daebakkk (:p)
    Lama kelamaan saya mula suka dengan pemuda itu.. Woow, hebat eh! "dia tak hensem pun hensem lagi Ustaz tu" isshh, sya bergolak sendiri bertanya sama 'HATI BATU' ni. Kemudian, mulalah babak menyalahkan diri sendiri, kenapa kau nak suka dia?, belajar lgi penting kena fokus dululah.. Ya, saya dapat jawapannya. Nak tahu apa? nie gelak sampai pecah perut.. "Saya tulis surat luahan hati senang cakap surat cintalah kat pemuda tadi, saya suruh sahabat roomate saya bagikan surat tu pada dia".
    Then, bermulalah rasa menyesal dengan perbuatan bodoh sendiri tu.. so apa2 jgn ikut cara saya. :) Nanti dulu belum habis citer lagi.. Pada mulanya saya ingat dah selesailah masalah luahan hati tu sebab saya rahsiakan identiti penulis tu TETAPI malam jumaat hari khamis (mybe kot), sahabat roomate saya hantar mesej cakap " woi, ko nak tahu budak tu nak tahu sgt ko sape. tp aq tak bagitahu sebab aq dah janji ngn ko kan.. hehe", setelah baca mesej tu 'fFuh'' lega kau tak bagitahu.. TAPI hati ni serba salah sebab buat pemuda tu jadi tertanya-tanya :(
     Saya ingat dah selesailah semua masalah yang saya creat sendiri tu tapi yang buatkan saya bengang, sahabat roomate saya sorang ni pergi bagi nombor phone saya dekat pemuda ini.. Alahaii, matilah! "APA AQ NAK JAWAB NIE?" TAKKAN NAK TERUS TERANG SAPE AQ?'..  So lama kelamaan, saya tak tahan dengan bebanan dosa yang menghimpit diri ini.. Ya Allah, saya pun bagitahulah siapa identiti sebenar saya dekat pemuda ini. :( Seperti yang dijangka dia tidak akan terima saya.. Tapi tak apa, tiada masalah bagi saya pun sebab saya lalukan semua ini untuk membuang segala perasaan pelik dalam hati ini.. Alhamdulillah setelah menulis luahan hati dalam surat dan terima respon dari dia, hati saya rasa lapang. Alhamdulillah hati ini kembali kepada Allah SWT:).
     Akhirnya sya mulakan hari2 saya seperti biasa sebagai seorang Mahasisiwi.. Kadang2 berselisih dengan dia, saya akan bergaya biasa kerana saya anggap itu sebagai pengajaran dan saya suka dia tidak lebih dari seorang sahabat.. Alhamdulillah :) Bagi saya, SUKA TIDAK SEMESTINYA CINTA, CINTA TIDAK SEMESTINYA JODOH DAN JODOH ITU RAHSIA ALLAH :) Bak kata Ustaz Azhar Idrus "Cintakan sesorang bukan alamat dia jodoh kita. Bila hati kita berat menerima, itu tandanya dia bukan jodoh kita". Semoga pembaca dapat pengajaran InsyaAllah, doakan saya  ye.. InsyaAllah nantikan kemunculan cerpen pendek saya "SATU QIBLAT" dan "CINTAKU LIMITED EDITION". saya akan sajikan khas untuk sahabat blogger saya. :) Assalamu'alaikum semua


#Cinta itu indah jika cinta itu kerana Allah.. kerana cinta itu akan sampai kpd Allah dahulu, kemudian barulah kpd sesiapa sahaja yang anda cintai :)

Tuesday, October 16, 2012

MISTIK

nirwana pencinta muhabbatullah


Assalamu’alaikum sahabat2ku..semoga semuanya dilindungi Allah. J lame sungguh Ana tidak berblog nie..janggal sekali nak menaipnye.. Maaf ye, Ana sibuk smpai xde mse nak berkongsi ilmu di Blog Tasbih nie..

Dengan lafaz Bismilah ana mulakan perkongsian yg tidak seberapa ini.. hari ini ana nak menulis tentang MISTIK.. Apa itu Mistik? Mistik adalah suatu perkara ghaib yg boleh diterima akal tp tidak dpt dilihat oleh mata kasar manusia..namun bukan semua manusia xdpt melihatnya,ade segelintir mempunyai anugerah special dari Allah. Mungkin ada yang tidak percaya,ada yg percaya dan ada yg terlalu taksub dgn perkara Mistik ini.

Bagi ana, perkara mistik ini dapat memberi kita bnyak pengajaran dan pengalaman yg luar biasa..  Ye, ana sendiri pernah melihatnya dan terjebak dgn perkara mistik ini secara tidak langsung.. sesiapa yg pernah mengalaminye pasti  tahu apa perasaan aneh pada masa itu.. terus terang ana katakan diri ana tidak kuat untk menerima semua ini TAPI dgn adanya iman dan taqwa dalam hati, kejadian mistik ini selamat ana lalui.. ia sebagai pengalaman baru bagi ana..

Pendek kata, semua makhluk yg dicipta oleh Allah adalah sama yg lainnya adalah hati mereka.. jangan sesekali kamu membiarkan hati kosong tanpa mengingatinya.. kerana hati yg kosong memungkinkan berlakunya keburukkan..

Ana tidak pandai dalam memberi hadis2 tetapi ana suka berkongsi ilmu walaupun sedikit.. ana bukan baik & bukan jahat.. hidup di dunia nie biar bersederhana jgn berlebihan.. Jangan fikir manusia yg berkopiah,bertudung labuh dan berjubah sepanjang masa itu baik hatinya.. manusia boleh menipu dgn apa cara permakaiaan mereka tp bukan dgn hati mereka.. Kenapa ana menulis sedemikian, kerana ini adalah pengalaman Ana sendiri dlm menghadapi perkara mistik ini..

Jin ada dua jenis, satu jin kafir dan satu lagi jin Islam sama seperti manusia. Allah jadikan ciptaanNya dgn kelebihan tersendiri dan sebabnya tersendiri.. Allah ciptakan syurga & neraka pun ada sebabnya.. Jadi same2lah kita renung2kan dan singkap sendiri kesalahan serta kelemahan yg kita lakukan.. Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua yg terjadi, maka jgnlah kamu mensyirikan/menyekutukanNya. Ana mendoakan agar  Agama Islam  dan umatNya sentiasa dalam keaadan yang sejahtera.. ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA!!  SubhanAllah! TAKBIR!!! Allahu Akbar!!



Sunday, August 5, 2012

Doa ketika bertemu Lailatul Qadr

nirwana pencinta muhabbatullah
Assalamu'alaikum..soba al-khoiry sahabat.. pagi nie sye nak kongsi sedikit ilmu sebagai tambahan.. ^^


Tajuk pagi nie :)

Doa ketika bertemu Lailatul Qadr
Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku.. 
Berdoalah kte kpdNya agar dipertemukan dgn malam yang mulia ini iaitu malam LAILATULQADAR.. sebelum nyawa dan roh terpisah dari jasad pertemukanlah kami dgn mlm yg mulia ini YA ALLAH.. Amin Ya Robbal Alamin.. 

Saturday, August 4, 2012

Pencinta Muhabbatullah!!
Assalamu'alaikum sahabat2.. apa khabar sihat? macam mana puasa, penuh x? ^^ kuih raye dan baju raye dah siap belom?.ooohh..pejam celik,pejam celik hari nie dah masuk 15 Ramadhan kan.. sekejap je rasanya masa berlalu.. okey2.. jom bace Entry topik hari ini.. Insyallah dpt2 sme2 kte manfaatkan dan fahamkan.. ^^

TOPIK HARI NIE: Apa hukum orang yang berpuasa tapi meninggalkan shalat? Apakah puasanya sah?


JAWAPANNYA : 

Yang benar, bahwa orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja hukumnya kufur akbar. Puasa dan ibadah-ibadah lainnya tidak sah sampai ia bertaubat kepada Allah Subhannahu wa Ta’ala. Hal ini berdasarkan firman-Nya,
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah
 mereka kerjakan.” (Al-An’am: 88)

Dan berdasarkan ayat-ayat serta hadtis-hadits lain yang semakna.
Sebagian ulama menyatakan bahwa hal itu tidak menyebabkannya kafir dan puasa serta ibadah-ibadah lainnya tidak batal jika ia masih mengakui kewajiban-kewajiban tersebut, ia hanya termasuk orang-orang yang meninggalkan shalat karena malas atau meremehkan.
Yang benar adalah pendapat yang pertama, yaitu kafirnya orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja walaupun mengakui kewa-jibannya. Hal ini berdasarkan banyak dalil, di antaranya adalah sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam ,

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ.

“Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan shalat.” (Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya dari hadits Jabir bin Abdullah Radhiallaahu anhu. dan sabda beliau,

اَلْعَهْدُ الَّذِيْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ.

“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah shalat, maka barang-siapa yang meninggalkannya berarti ia telah kafir.” (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan keempat penyusun kitab sunan dengan isnad shahih dari hadits Buraidah bin Al-Hushain Al-Aslami Radhiallaahu anhu.)

Al-’Allamah Ibnul Qayyim Rahimahullaah telah mengupas tuntas masalah ini dalam tulisan tersendiri yang berjudul “Shalat dan orang yang meninggalkannya”, risalah beliau ini sangat bermanfaat, sangat baik untuk merujuk dan mengambil manfaatnya.
( Syaikh Ibnu Baz, Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, (pertanyaan no. 15).

P/S: Sahabat2 solat itu tiang agama kenapa kte abaikan kerana sedikit ujian..? MasyaAllah.. jika kite b'puasa tp niat dan hati tak ikhlas semuanya sia-sia! Ibadah puasa dilakukan tp Solat ditinggalkan, sye rasa xsempurna ibadah dilakukan kerana tiada talian terus dgn Allah.. Marilah sama2 kite melakukan ibadah puasa ini dgn penuh ketaqwaan dan keikhlasan b'serta dengan solat 5 waktu sehari dan serikan lagi dgn bacaan Al-Quran kareem serta zikrullah.... InsyaAllah dpt syafaatnya di dunia dan akhirat kelak.. AMIN..

Friday, July 27, 2012

Senyumlah wahai sahabatku ^^

nirwana pencinta muhabbatullah



Assalamu'alaikum antum sekalian..^^ apa khabar? semoga sahabat ana di blog nie semuanya sihat ye.. mulakan hari2 mu dengan senyuman jgn masamkan muka ye! :) senyuman suatu kekuatan yg sgt mudah untuk dilakukan.. nak tahu satu rahsia ana.,, hari2 ana penuh dengan senyuman dan sahabat handalan yang tercinta.. hari2 ana sentiasa dlm keadaan bahagia walaupun ade derita yg menjelma,,namun dengan senyuman, derita hanya kecil sahaja bagi ana.. ^^ senyumlah kalian semua.. syukurilah mndpat teman2 yg baik dan keluarga yg bahagia..Insyallah hari2 anda sentiasa tenang dan bercahaya.. ^^ Ana sayang sahabat semua.. Taqabbalallahu Minkum! Wa Kullu '-min wa Antum Bi-Khair.

Wednesday, July 11, 2012

Persediaam dalam bulan Ramadhan

nirwana pencinta muhabbatullah
Assalamu'alaikum sahabat2 ana.. ^^ maaf lama x update blog nie.. ramadhan semakin hampir dan assignment pon semakin bertimbun ..Masya-Allah..! ade sahabat ana yg b'tanye knape dh lme xupdate blog nie? Allahumma.. ana bukan tidak mahu update tp tiade mase nk update nya.. :) Tapi klu mahu tahu p'kembangan ana boleh je tgok di acc FB @ TWEETER.. klu di FACEBOOK, ana blehlah sampaikan sedikit Ilmu tp di blog kene tulis pnjang2 lah..hehe

okeh2.. stop psal tu ..jom kte Update baru tentang persiapan Ramadhan ana tahun nie.. ^^
Ramadhan lagi 10 hari je dah nie.. bnyak benda nk siap sedia.. Firstly, mse bln Rejab dan Syabaan nie, Alhamdulillah ana dah khatam bace Al-Quran, Puase pon dah ganti serta tambahan puase nazar pon dah selesai dan berjaya m'hadirkan diri dalam kuliah2 agama walaupun bnyak assignment yg tertangguh..^^  Tapi nikmat dan pengalaman semasa persediaan Ramadhan kali ini sgt terasa.. Ya Allah tak sabar menantikan Ramadhan tahun ni.. Insya-Allah semoga ana dipanjangkan umur dan dpt berada dlm bulan yang mulia itu nanti.. Ana harap sahabat2 dan saudara seagama ana pon dah selesaikan tanggungjawab ini, walhal puasa ganti tu penting dan solat 5 waktu lebih diutamakan.. :) Jangan puasa je tapi tak solat, jangan solat je tapi tiada talian terus dengan ALLAH SWT..  Jom kite sme2 kumpul saham2 dunie nie supaya dapat dijual diakhirat kelak ..^^ Insya-Allah kite akan mndapat manfaat di sana dan tergolong dalam kalangan yg mndapat nikmat keindahanNya.. Amin..