Sunday, February 13, 2011

pUiSi kEmAtIaN

ramai yang melihatnya tapi buta
yang diberi ingat tetapi lupa
yang diberi amaran tapi alpa
yang diberi masa tapi terleka
yang diberi  pertunjuk tapi tak peka


yang diberi kesempatan tak bersedia
yang diberi iktibar tak dipedulinya
kerana terlena dikaburi
keasyikan dunia


demikian kita selalu tertipu
oleh keseronokan yang palsu
sedang hari berlari tanpa disedari
maut sedang menghampiri


namun beruntunglah mereka 
yang sentiasa waspada
beramal dan berusaha
untuk dunia dan akhirat


selagi ada waktu kejarilah masamu
hanya ada satu pencipta yang esa
iaitu Allah SWT
jadilah seperti matahari,bulan dan bintang
yang taat menghiasi langit

No comments:

Post a Comment