kabus putih menutupi bukit menghijau
terciptanya tujuh warna pelangi
bunyi burung-burung berkicauan
unggas-unggas bernyanyi riang
menjadikan suasana selepas
hujan begitu indah
orang ramai berpusu-pusu
ke sana ke mari
untuk menyambung pekerjaan
yang terhenti seketika
bunyian mempersona
dan suasana tenang
memberikan ilham kepada artisan seni
untuk menulis karya mereka
para pertani tersenyum girang
melihat bendang segar keemasan
semut-semut bergembleng
mencari makanan
anak-anak kecil ketawa girang
bermain air lecak
mengamitkan suasana
kegembiraan dan kedamaian di kampung halaman
No comments:
Post a Comment