Bismillah: Setiap apapun amalan yang kita lakukan hendaklah diamalkan dalam tiga tempat. 1. Hati. 2. Lisan 3. Pergerakan tubuh badan.
Apabila kita solat, kita hendaklah solat dengan hati, lidah yang mengucapkan zikir dan pergerakan tubuh badan yang diaturkan.
Bahkan di dalam urusan hidup seharianpun kita digalakkan untuk membaca bismillah sekurang-kurangnya dan berniat untuk melakukan urusan-urusan itu kerana Allah.
Oleh itu apabila kita bertasbih, iaitu mensucikan Allah dan mengatakan kehebatan Allah, segala urusan kita juga perlu bertasbih sama dengan menunjukkan bahawa Setiap apa yang Allah jadikan dan berikan untuk kita adalah amat hebat dan suci dari kekurangan.
Urusan kita perlu menunjukkan bahawa segala perintah Allah swt yang disuruhnya jauh lebih hebat dari urusan kehidupan kita seharian. Ajaran dan undang-undang Allah swt jauh lebih suci dan jauh lebih hebat dari undang-undang manusia. Hiburan yang Allah swt berikan melalui solat dan al--Qur'an, hendaklah kita utamakan dari berhibur ditempat lain.
Penghormatan VeryVeryVeryVery VIP yang Allah swt berikan di Saf-saf depan solat berjemaah hendaklah kita rebutkan walaupun dengan berundi.
Syurga yang Allah swt janjikan hendaklah kita harapkan dan takut jika kita tidak diberikan. Perkara ini perlu dibuktikan dengan amalan yang terhebat dari kita.
Neraka yang dijanjikan untuk orang-orang jahat dan kufur, hendaklah kita sangat takutkan agar jangan menimpa kita. Oleh itu kita hendaklah sabar menahan diri agar sentiasa istiqmah melawan hawa nafsu.

Dengan keserasian amalan lidah, hati dan pergerakan tubuh badan itu, maka barulah boleh kita dikira betul-betul bertasbih pada Allah.
Kerana kita tahu bahawa perbuatan itu adalah lebih Fasih dari percakapan. Orang akan lebih faham bahawa kita mahukan hijau dari percakapan kita yang mengatakan kuning kalau kita tunjuk dan ambil yang hijau.
Jadinya kalau kita bertasbih mensucikan Allah swt, namun semasa Allah swt memanggil kita untuk solat di masjid, tetapi kita menghiraukannya, bermakna, hati dan perbuatan kita tidaklah ikut serta dalam mengatakan Allah swt itu Maha Suci dan Maha Hebat dalam setiap sesuatu. Kerana dalam hati kita merasakan ada benda lain yang lebih hebat dari solat berjemaah di masjid. Begitu juga dengan ajaran-ajaran Allah swt yang lain. Kita hendaklah mengutamakannya dari yang lain, maka barulah dikira kita tidak mengungkapkan kata-kata yang palsu.

Oleh itu Bertasbih Subhanallah itu mencakupi amalan hati, lidah dan juga pergerakan tubuh badan yang sentiasa mahu melaksanakan yang terbaik secara Istiqamah dari segala perintah Allah swt.
Ingatlah bahawa Allah swt telah mentaqdirkan untuk segala sesuatu diseluruh alam maya ini.Termasuk ibadat-ibadat kita yang terbaik. Kerana Allah tidak pernah mentakdirkan yang kurang baik ataupun yang tidak baik. Segala yang kurang baik dan tidak baik adalah kerana kesalahan dan kesilapan manusia sendiri.
Oleh itu hendaklah kita ingat di dalam hati kita, bahawa jika sekiranya kita tidak dapat melakukan suatu yang terbaik dalam ibadat kita, dan memangpun kita tidak akan dapat melakukan ibadat yang terbaik itu, maka kita belum menepati dan menyempurnakan lagi taqdir Allah swt.
Maka dalam hal ini, kita telah dikalahkan oleh semua makhluk Allah swt dimuka bumi ini dengan tasbih yang terbaik dan sempurna. Kerana Allah swt telah mengesahkan di dalam al-Qur'an bahawa segala sesuatu itu bertasbih pada Allah swt mengikut cara tasbih mereka masing-masing.
Oleh kerana itu kita dianjurkan untuk beristghfar setelah solat dan setelah kita melakukan istighfar itu jua. Bahkan kita digalakkan sentiasa beristghfar untuk meminta ampun pada Allah swt kerana kekurangan kita.
Selain itu kita hendaklah menanamkan dalam hati kita untuk melaksanakan perintah Allah swt yang kita pernah belajar dengan melaksanakan semua dengan amalan yang terbaik.
Setelah itu berusaha untuk sentiasa mengisi setiap amalan, memulakanlah dan menutup segala perintah itu dengan lisan, hati dan segenap anggota tubuh badan yang penuh berzikir mengikut cara yang diperintahkan oleh Allah swt.
Mudah-mudahan Allah swt memaafkan kekurangan saya dalam memberikan ulasan saya ini. Dan mengampunkan kita dalam setiap kekurangan yang kita lepaskan dalam setiap amalan kita. Mudah-mudahan diterima Allah swt jua segala amalan kita semua. Amin.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم: تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
الإسراء اية 44

No comments:
Post a Comment