Thursday, September 26, 2013

kISAH sURAT cINTA

nirwana pencinta muhabbatullah - TasbihPutih-

Assalamu'alaikum sahabat yang yang dikasihi Allah :)
Alhamdulillah kita masih boleh berkongsi cerita lagi.. setelah sekian lama saya menyepi di ruang blogger ini.. rasanye sudah lebih satu tahun blogger ini tidak saya 'LOG IN' kan.. Maaf andai membuat sahabat semua ternanti-nanti, ramai PM saya di facebook, bila mahu menulis semula dan update ilmu di blogger. Terharu saya dibuatnya kerana Alhamdulillah masih ada yang menanti coretan di blog yang tak seberapa ini.. Hari ini InsyaAllah saya tuliskan beberapa pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang lebih satu tahun itu.. Semoga sahabat semua peroleh pengajaran ye ^^

      Bismillah.. bermulanya semester ke-4 di Kolej saya, dan result Final Exam sem 3 pun keluar.. Saya dan rakan-rakan seperjuangan berkumpul semula di rumsis masing2.. Alhamdulillah rumah kami tiada pembubaran, semuanya tetap :) Alhamdulillah result pun okey :) Seminggu kemudian bermulalah rutin harian kami sebagai seorang Mahasiswi.
     Saya belajar dengan penuh serius untuk tidak mengecewakan mak dan abah. Tekad dalam hati untuk membanggakan mereka, maklumlah sya anak bongsu.. tp pada suatu hari tak ingat pula tarikh nye, sewaktu berjalan untuk pergi print assignment, saya berselisih dengan seorang pemuda. Secara tidak sengaja mata terus leka menatapnya. Astaqfirullahalazim.. saya beristifar panjang setelah bahu disentuh oleh sahabat saya, saya terus melangkah tanpa menoleh dan membuang jauh perasaan yang lain dihati ketika itu.. Ceh!! macam cerita novel sudah heheh, ini realiti bukan fantasi ye :) Alhamdulillah, pertemuan itu terlupa sekejap tetapi keesokkan harinya saya ternampak pemuda yang sama. Pemuda itu memakai kopiah putih dan berbaju muslim biru,, subhanallah sungguh indah ciptaanya.. Pemuda itu tidaklah hensem tetapi manis di pandangan saya. :) Pemuda itu duduk dengan sahabat2nya sedang menjamu selera. Kebetulan, antara sahabatnya adalah sahabat lama saya juga.. oohh.. sahabat dengan dia ke? hati sudah berbunga2 mengatakan mesti dia seorang yang baik kerana sahabat saya itu baik orangnya.. :) Berita lebih baik lagi, pemuda itu jga sahabat lama sahabat roomate saya.. haha senanglah nak tahu sape pemuda tu..
     Setelah kenal siapa dia, saya sering sahaja berselisih dan ternampak dia setelah habis waktu kuliah. Ya Allah, engkau sedang menguji perasaan hambamu ini. Ya, sayalah hamba yang susah untuk mencintai seseorang, sahabat saya mengatakan saya hati batu. Abah dan mak saya pun ada kenalkan seorang anak rakan nye, Alhamdulillah anaknya hensem dan seorang Ustaz tapi hati ini tidak selembut yang diharapkan. 'HATI KERAS MACAM BATU BATA', kata abah :( Mungkin ada yang tidak percaya tetapi inilah kenyataan itulah diri saya dan ada yang percaya kerana mereka sama dengan saya.. Pada mulanya sahabat2 saya cakap saya ini jual MAHAL, nope! hati saya sebenarnya yg 'MAHAL'. huhu daebakkk (:p)
    Lama kelamaan saya mula suka dengan pemuda itu.. Woow, hebat eh! "dia tak hensem pun hensem lagi Ustaz tu" isshh, sya bergolak sendiri bertanya sama 'HATI BATU' ni. Kemudian, mulalah babak menyalahkan diri sendiri, kenapa kau nak suka dia?, belajar lgi penting kena fokus dululah.. Ya, saya dapat jawapannya. Nak tahu apa? nie gelak sampai pecah perut.. "Saya tulis surat luahan hati senang cakap surat cintalah kat pemuda tadi, saya suruh sahabat roomate saya bagikan surat tu pada dia".
    Then, bermulalah rasa menyesal dengan perbuatan bodoh sendiri tu.. so apa2 jgn ikut cara saya. :) Nanti dulu belum habis citer lagi.. Pada mulanya saya ingat dah selesailah masalah luahan hati tu sebab saya rahsiakan identiti penulis tu TETAPI malam jumaat hari khamis (mybe kot), sahabat roomate saya hantar mesej cakap " woi, ko nak tahu budak tu nak tahu sgt ko sape. tp aq tak bagitahu sebab aq dah janji ngn ko kan.. hehe", setelah baca mesej tu 'fFuh'' lega kau tak bagitahu.. TAPI hati ni serba salah sebab buat pemuda tu jadi tertanya-tanya :(
     Saya ingat dah selesailah semua masalah yang saya creat sendiri tu tapi yang buatkan saya bengang, sahabat roomate saya sorang ni pergi bagi nombor phone saya dekat pemuda ini.. Alahaii, matilah! "APA AQ NAK JAWAB NIE?" TAKKAN NAK TERUS TERANG SAPE AQ?'..  So lama kelamaan, saya tak tahan dengan bebanan dosa yang menghimpit diri ini.. Ya Allah, saya pun bagitahulah siapa identiti sebenar saya dekat pemuda ini. :( Seperti yang dijangka dia tidak akan terima saya.. Tapi tak apa, tiada masalah bagi saya pun sebab saya lalukan semua ini untuk membuang segala perasaan pelik dalam hati ini.. Alhamdulillah setelah menulis luahan hati dalam surat dan terima respon dari dia, hati saya rasa lapang. Alhamdulillah hati ini kembali kepada Allah SWT:).
     Akhirnya sya mulakan hari2 saya seperti biasa sebagai seorang Mahasisiwi.. Kadang2 berselisih dengan dia, saya akan bergaya biasa kerana saya anggap itu sebagai pengajaran dan saya suka dia tidak lebih dari seorang sahabat.. Alhamdulillah :) Bagi saya, SUKA TIDAK SEMESTINYA CINTA, CINTA TIDAK SEMESTINYA JODOH DAN JODOH ITU RAHSIA ALLAH :) Bak kata Ustaz Azhar Idrus "Cintakan sesorang bukan alamat dia jodoh kita. Bila hati kita berat menerima, itu tandanya dia bukan jodoh kita". Semoga pembaca dapat pengajaran InsyaAllah, doakan saya  ye.. InsyaAllah nantikan kemunculan cerpen pendek saya "SATU QIBLAT" dan "CINTAKU LIMITED EDITION". saya akan sajikan khas untuk sahabat blogger saya. :) Assalamu'alaikum semua


#Cinta itu indah jika cinta itu kerana Allah.. kerana cinta itu akan sampai kpd Allah dahulu, kemudian barulah kpd sesiapa sahaja yang anda cintai :)

No comments:

Post a Comment